Hari ni hari ke 26 kite berpuasa. Malam ini jugak ramai yang akan start menderu bagi jam kat lebuhraya dan jalanraya. Cuti hari raya kali ni berbeza sikit. Berpeluang dapat banyak hari berpuasa bersama emak dan adik beradik di kampung. Kemeriahan raya ni masih hangat mcm dulu jugak meskipun umur dah meningkat ni. Cara saja yg berbeza. Keseronokan dan kemeriahan tetap sama. Bab bab seronok ni tak kira usia. Seronok kanak kanak lain, seronok orang dewasa lain pulak. Tabiat semulajadi manusia memang ingin berseronok dan atas sifat keinginan ini jugak la yang membolehkan manusia mencari jalan supaya dapat memperolehi keseronokan itu.
Kalau masa kecil dulu waktu mcm ini la mak bapa akan bagi kat kita lesen besar nak balik lewat malam ( pukul 10 malam waktu tu boleh dianggap dah lewat sangat dah) .
Biasanya mak bapak dulu dulu akan tiba tiba jadi cukup sporting. Alasan mudah. Hadiah atau ganjaran sebab anak mereka dapat membuat ibadah puasa. Ganjaran sebab anak ke masjid berterawih. Setakat melencong sikit sikit tu biasa la. Budak budak. Paling nakal pun pergi main meriam tanah , main mercun katak, sorok selipar tok imam, gelak gelak masa sembahyang , buat bising dan peluk anak dara orang masa main polis sentri.
Nakal budak budak dulu lain. Kena marah pun tak melawan balik. Cuma lepas tu nanti siap la selipar org yg marah budak tu..berkaki ayam jer la balik nanti pakcik.....Nakal..tapi tak melibatkan jenayah berat pun.
Budak budak sekarang pulak....lesen besar sepanjang tahun..kalau kat tempat aku ni sampai pukul 2 pagi pun boleh jumpa budak budak kat restoran mamak 24 hrs. Laki perempuan sama saja.
Selisih malaikat 44 la..aku ada anak perempuan 3 orang...
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan batin!
Thursday, September 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment