Thursday, January 3, 2008

Gitar - Gibson Robot & Fender Strat SRV

Gitar Oh Gitar ...instrument yang aku mula pegang sejak darjah 5 lagi..aku memang minat giler dengan instrument ini..kalau la pencipta instrument ni ada kat depan aku sekarang ni aku sanggup cium tangan dia ucap terimakasih...kekkeke

main tu boleh la sikit sikit..takat family chords A minor tu boleh la...

Baru baru ni aku ke sebuah kedai gitar di Damansara Perdana. Jeng Jeng Jeng..ternampak la satu gitar Gibson dalam enclosure..memang cantik la..letak pun dalam tempat special..tengok price tag dia..RM13,999 ..mula mula ingat kot kedai tu tersilap print harga ..belek punya belek ..betul la..Lima angka tu..logik la Gibson ..Les Paul pulak tu..

Pembantu kedai tu yang nampak aku sedang tercangak cangak, lalu dia pun offer la nak tunjuk kat aku..

" Gitar ni Gibson Robot..hanya ada dua unit saja di Malaysia" .

Patut la..dia pun guna kain utk pegang gitar tu..takut calar katanya..

Dia pun tunjukla demo kenapa model ni dinamakan ROBOT...tarik aje satu knob kat tempat kontrol gitar tu ...dia tune sendiri la...wow!! ..fantastik mister lobba lobba..

Alamat gulung kedai la syarikat buat tuner lepas ni...

Maklumat lanjut mengenai gitar ni boleh pergi ke URL ini

http://www.gibson.com/robotguitar/

Gibson kita dah cerita..nanti marah pulak musuh ketat dia FENDER..

Ada satu model terbaru Fender Strat di pasaran..kategori Custom series..aku tak sempat tengok lagi..

Custom Series SRV...list price kat website USD19000 ..mampus la nak beli..gaji setahun pun tak cukup..

SRV ....Stevie Ray Vaughan ..Flood in Texas , Taxman..aku memang minat dia ni..gitar solo dia dalam lagu Litle Wings Jimi Hendrix aku anggap lebih baik dari the late Hendrix itu sendiri.

( Note: Mencipta adalah lebih tinggi kreativiti dan lebih susah daripada meniru solo orang lain dan improvised)

Minat aku kat SRV dengan band Double Trouble dia ni bermula masa early 1992...tapi kat Malaysia susah nak dapat kaset dia..aku ada dua koleksi CD dia yang aku beli masa tahun 95 dulu..masih ada dalam simpanan..SRV seorang lagenda gitar Blues yang tak tau baca nota muzik pun..main gitar secara by heart , dgn soul,dgn jiwa dan perasaan..tapi sayang dia mati muda ..biasa la legenda gitar ni ramai yang mati muda..itu sebab aku tak mau jadi legenda gitar ni..kui kui kui..

Berbalik pada cerita gitar Fender Strat SRV ini..Dalam 100 lebih unit sahaja dikeluarkan..Gitar ini diambil mengikut spesifikasi gitar SRV "Lenny" sendiri..Gitar asal yang dimainkanoleh SRV ini dibeli dengan harga USD650,000..ye betul tu..dekat RM2juta...kekkeke..

Gitar ni dinamakan "Lenny" oleh SRV sempena mengambil nama isteri beliau Lenora..dengan penuh kasih sayang...memang gitar inilah yg SRV gunakan baik masa show atau recording..sound dia memang unik...cukup clean, crispy..memang unik la..

Asalnya gitar ini dihadiahkan oleh isteri dia Lenora selepas dia tgk SRV teringin sangat gitar tu sewaktu mereka terjumpa gitar tu di kedai pajak gadai..SRV masa tu tak berduit ..belum top lagi.

Maklumat lanjut boleh ke URL ini ; http://www.fender.com/lenny/

Sessi Introduksi

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera!

4hb Januari 2008. Tahun baru , umur pun dah meningkat. Kalau ikut tahun dah boleh kira forty. kalau ikut bulan belum lagi..kalau ikut hari belum lagi..kalau ikut jam belum lagi..kira belum lagi la senang cerita..kui kui..

Blog ..Blog ni kata mereka mcm sebuah diari di alam maya. Sedap je bunyi dia ye.... Tapi bila dengar berkali kali mcm bunyi "goblok" pun ada..

Dah lama dah nak mencuba baru sekarang dapat peluang. Sebelum ni ingat mereka yang buat blog ni kategori manusia syok sendiri la kot. Entah la..sekarang rasa macam kena kat diri sendiri balik pulak. Boleh la kot...

Belajar belajar menulis, bercerita mengenai kehidupan, diri sendiri, keluarga , bolasepak Perak, bolasepak Malaysia, bolasepak Dunia dan bolasepak Tottenham Hotspur dan Barcelona.

Bercerita mengenai filem, muzik, gitar, pets, fishing dan macam macam lagi. Politik pun boleh.

Yang best nya sini tak ada halangan nak tulis apa benda pun. Bukannya ada yg nak baca pun. Balun aje la selagi larat..tak ada deadline. Ada masa , balun. Tak ada idea duduk diam diam.

Sedikit background diri :

- Lahir kat Kg Sitiawan, Sitiawan, Perak tahun 1968.
- Sekolah Rendah di SRK (Gandhi) Simpang Ampat ,Sitiawan - 1975 hingga 1980.
- Sekolah Menengah Tok Perdana Sitiawan - 1980 hingga 1983
- TI Penang - 1984 hingga 1985
- Universiti Malaya RPKJ (Asasi Jepun) - 1986 hingga 1987 - Kantoi
- ITM Shah Alam - 1988
- University of Glamorgan , Pontyprydd , Wales - 1995

Married to Zunita and blesses by Allah swt with 3 daughters - Izz Aaliya (8), Izz Alyssa (6), Izz Allyna (3)